Blog Kami Dan Kaitannya Dengan Literasi Maklumat Dalam KBAT.
Dari artikal-artikal sebelum ini maka kami mengambil inisiatif untuk mengwujudkan blog ini. Blog ini dibina hasil bimbingan guru kami iaitu En Norsahiat Bin Rusli. Selain itu juga kami banyak mendapatkan bantuan dari Puan Mahfuzah Mohd Noh yang merupakan Guru Cemerlang sejarah di sekolah kami. Beliau yang memiliki blog sejarah sendiri di www.cgmahfuzah.wordpress.com banyak membantu kami dari mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu mengajar.
Subjek sejarah tingkatan 1 menjadi tumpuan kami kerana kami merasakan para pelajar perlu diberi pendedahan awal berhubung Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memandangkan dalam tempoh empat tahun dari tingkatan 1 mereka akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekarang ini amat menekankan soalan dalam bentuk KBAT. Memandangkan soalan-soalan KBAT melibatkan aras pemikiran yang tinggi maka dalam blog ini kami menyelitkan sumber-sumber luar yang merupakan satu ciri literasi maklumat kepada pelajar. Sumber-sumber luar yang kebanyakkannya boleh didapati dalam bentuk video youtube ini dapat memberi maklumat tambahan tentang sesuatu bab yang sedang dipelajari.
Sumber luar ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman guru serta pelajar tentang bab tersebut. Inilah yang dinamakan satu proses Literasi Maklumat. Jika pelajar hanya didedahkan dengan maklumat dari buku teks sahaja maka amat sukar bagi mereka untuk menjawab persoalan yang berbentuk aras tinggi yang mengkehendaki mencapai aras pemikiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Berdasrkan penerangan di atas maka terhasillah blog ini yang bertajuk "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sejarah Tingkatan 1" yang membawa selogan "Sejarah Mengajar Kita".
Wasalam, terima kasih,