KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM SEJARAH TINGKATAN 1
SEJARAH MENGAJAR KITA
Sejarah SMK Sungai Rambai
Sekitar tahun 70an kawasan jiran Sungai Rambai iaitu Merlimau telah memiliki 3 buah sekolah Menengah. Di hening pagi lagi anak-anak Sungai Rambai yang bersekolah menengah perlu bersiap awal ke sana untuk menuntut ilmu. Melihat kepada kesukaran ini maka pemimpin setempat dan penduduk sekitar Sungai Rambai tanpa berputus asa berusaha untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah baru di kawasan ini.
Niat murni pemimpin setempat dan penduduk akhirnya tercapai apabila kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan sekolah menengah baru pada awal 1980. Terbinanya dua blok dengan kapasiti 10 bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel seni perusahaan, tiga buah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah perpustakaan membolehkan sesi pembelajaran dimulakan pada 1 Januari 1981. Pada tarikh tersebut dengan rasminya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.
Peringkat awalnya, Pengetua SMK Dang Anum (En Namasivayan) ditugaskan mengurus penerimaan perabot dan alatan. Tugas itu kemudiannya disambung oleh En Muid bin Lasim (Guru Besar SK Sebatu) dilantik sebagai Penolong Kanan SMKSR dan menjalankan tugas Pengetua sekolah ini pada 1 Disember 1980. En Muid bertanggungjawab menerima kemudahan fizikal sekolah hingga 31 Disember 1980. Menjelang tahun baru 1981, En Seman Bin Deros yang sebelum itu GPK SMK Sri Mahkota telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Sungai Rambai.
Tanggal 2 Januari 1981 tercipta sejarah apabila seramai 186 murid dan 12 orang guru telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Pada ketika itu dari segi kemudahan dan staf amat terhad, sehinggakan tugas mengawal keselamatan sekolah diletakkan di bawah kakitangan Jabatan Kerja Raya Pekan Merlimau. Namun perit jerih dan kesulitan yang dihadapi pada peringkat awal pembukaan sekolah ini suatu yang perlu dihadapi dan diterima dengan penuh kesabaran dan kecekalan.
Srikandi Ikhtisas
Kami merupakan pelajar dari kelas 4 Ikhtisas SMK Sungai Rambai. Kami menamakan kumpulan kami sebagai Srikandi Ikhtisas memandangkan Srikandi membawa pengertian Pahlawan Wanita. Kami yang terdiri dari pelajar perempuan yang sanggup mengambil cabaran ini maka kami menamakan kumpulan ini Srikandi Ikhtisas.
Di bawah bimbingan Cikgu Norsahiat Bin Rusli serta mendapat bantuan dari Guru Cemerlang Sejarah sekolah kami iaitu Pn Mahfuzah Binti Mohd Noh maka kami telah berbincang untuk menwujudkan blog ini. Berdasrkan tema Literasi Maklumat dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi maka kami telah membuat kajian dan bacaan untuk memahami tema ini.Hasil perbincangan antara kami dan guru-guru maka lahirlah blog ini yang bertajuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sejarah Tingkatan 1 yang berselogankan Sejarah Mengajar Kita.
Di dalam blog ini di muatkan dengan artikal-artikal berkaitan literasi maklumat, kemahiran berfikir aras tinggi, peta pemikiran iThink dan sebagainya. Selain itu juga kami meletakkan bahan bantu mengajar sejarah tingkatan 1 mengikut bab dalam blog ini.
Kami berharap dengan terbinanya blog ini dapat memberi pendedahan kepada pelawat tentang apa yang dimaksudkan dengan Literasi Maklumat Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan seterusnya dapat dimanafaatkan untuk guru dan rakan pelajar.
BIODATA KAMI
NAMA
Noor Adibah Ayuni Bt Rosnan
ALAMAT
Kg Parit Sidang Seman,
Sg Rambai
Melaka
CITA-CITA
Vaterinar
HOBI
Melayari Internet
IDOLA
Hasidah (Ibu)
MOTO
Berjuang Tanpa Kenal
Erti Putus Asa
NAMA
Siti Hawa Bt Zainal Abidin
ALAMAT
Jln Hj Ramli
Kg Batu Gajah
Merlimau Melaka
CITA-CITA
Akauntan
HOBI
Membaca Novel
IDOLA
Nabi Muhammad
MOTO
Education Is The Most Powerful Weapon We Can Use To Change The World
NAMA
Nur Shahirah Binti Yasin
ALAMAT
Kg Parit Penghulu
Sungai Rambai
Melaka
CITA-CITA
Pegawai Bank
HOBI
Mendengar Lagu
IDOLA
Ibu Bapa
MOTO
Always Look On The Bright Side Life
NAMA
Nurul Atikah Binti Hassan
ALAMAT
Taman Batu Gajah Pasir
Batu Gajah
Merlimau Melaka
CITA-CITA
Pegawai Pemasaran
HOBI
Membaca Novel
IDOLA
Dr Marshitah Ibrahim
MOTO
Agi Idup Agi Ngelaban