top of page

Pertandingan Laman Blog dan BBM Online 2015

Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah menganjurkan pertandingan Membina Laman Blog & BBM Online peringkat sekolah-sekolah negeri Melaka 2015. Sehubungan dengan itu kami berempat telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan selepas mendapat dorongan dari guru kelas kami iatu Cikgu Norsahiat Bin Rusli.

Bertemakan Literasi Maklumat Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kami telah bertemu beberapa orang guru di sekolah kami untuk mendapatkan info berhubung tema ini agar apa yang bakal kami hasilkan nanti menepati kehendak pertandingan.

Hasil dari perbincangan antara guru pembimbing dan guru-guru lain kami telah bersepakat untuk memlih tajuk "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sejarah Tingkatan 1" dan berselogankan "Sejarah Mengajar Kita" . Pemilihan tajuk ini berasakan kepada pentingnya para pelajar di dedahkan dengan kaedah pembelajaran berteraskan KBAT seawal Tingkatan 1 lagi dalam matapelajaran sejarah. Memandangkan sejarah merupakan matapelajaran yang perlu lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia maka pendedahan awal ini amatlah penting.


Laman Blog yang kami hasilkan ini mengandungi 1 halaman pengenalan, 11 halaman bab-bab sejarah tingkatan 1, halaman mengenai kami serta 1 halaman hubungi kami. Di dalam halaman bab-bab sejarah tingkatan 1 yang sebanyak 11 bab kami telah muatkan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) yang terdiri dari nota-nota ringkas, persembahan power point, nota bergambar, peta iThink, soalan item KBAT serta latihan pengukuhan bagi bab tersebut. Ada bahan bantu mengajar tersebut yang kami hasilkan sendiri, ada yang di murnikan dan ada juga bahan yang kami minta kebenaran dari pemiliknya untuk dikumpulkan di laman ini.

Akhir kata kami berharap agar laman blog ini dapat dimanafaatkan penggunaannya oleh semua pihak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah navigasi laman blog ini akan kami terangkan dalam artikal seterusnya untuk memudahkan pelawat laman blog ini menggunakannya semaksima mungkin.


Sekian, terima kasih.


Carian Maklumat
Artikal Terkini
Arkib
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page