top of page

Literasi Maklumat

Desawarsa ini kita beada di zaman masyarakat maklumat, maklumat di hujung jari. Kemajuan pesat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mendorong kepada kewujudan masyarakat ini. Persekitaran berubah dengan pantas, dahulunya bercetak sekarang semuanya dalam bentuk digital. Dahulunya penuh bersirat dengan wayar dan kabel sekarang teknologi tanpa wayar dan penyimpanan data di awan awangan (cloud) mula memenuhi setiap ruang kehidupan kita. Dahulu kita hanya mengambil tahu hal-hal setempat dan tempatan tetapi sekarang kita terdedah dengan dunia tanpa sempadan. Apa jua yang berlaku di dunia ini kita akan memperoleh maklumatnya sedetik cuma.

Oleh itu membentuk masyarakat yang celik maklumat menjadi tanggungjawab kita bersama agar maklumat yang diterima dapat di guna pakai sebaik mungkin.

Paul Zurkovski dalam National Commission of Libraries and Informatation Sciences 1974 menyatakan menyatakan Literasi Maklumat sebagai "People trained in the application of information resources to thier work..... They have learned techniques and skills for utilizing the wide range of information tools as well as primary sources in molding information - solutions to thier problems". Apa yang boleh kita mengertikan dari pendapat Paul Zurkovski ini ialah seseorang yang terlatih dalam mengakses sumber maklumat serta mempunyai kepakaran dalam kadeah serta teknik mengolah (menilai) maklumat yang pelbagai untuk menyelesaikan masalahnya adalah seseorang yang mempunyai ciri literasi maklumat. Ciri-cir seseorang yang literasi maklumat adalah seperti di bawah :-


Kesimpulannya untuk mencapai tahap pemikiran berfikir aras tinggi masyarakat negara kita perlu mempunyai iltizam untuk mencapai tahap masyarakat yang mempunyai literasi maklumat yang tinggi. Tanpa kemahiran mengolah maklumat dengan tepat dan berkesan maka seseorang itu tidak mungkin dapat membuat keputusan yang jitu.



Carian Maklumat
Artikal Terkini
Arkib
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page