Kaitan PPPM, KBAT dan i-Think
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menekankan 6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global. 6 ciri tersebut ialah :-
1) Berpengetahuan
2) Mempunyai Kemahiran Berfikir
3) Memiliki Identiti nasional
4) Mempamerkan kemahiran memimpin
5) Memiliki kemahiran Dwi Bahasa
6) Mempunyai etika dan nilai kerohanian yang tinggi.
Berdasarkan keperluan ini salah satu ciri yang utama ialah Kemahiran Berfikir. Kemahiran berfikir yang ditekankan dalam konteks ini ialah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Maka wujudlah keperluan untuk mencapai tahap pemikiran tersebut. Transformasi dari segi padagogi pengajaran dan pembinaan item penilaian di beri penekanan untuk memastikan matlamat ini tercapai. Berikut antara beberapa perkara yang perlu ada dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menurut pandangan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan para guru.
Setelah mengetahui objektif dan matlamat KBAT maka persoalan berikutnya ialah bagaimana ianya hendak di implimentasikan dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajarn berlangsung. Berikut merupakan beberapa cadangan yang ianya boleh dilaksanakan :-
i) Menggunakan alat berfikir
ii) Tingkatkan soalan aras tinggi
iii) Aktiviti penyelesaian masalah
iv) Teknik menyoal
v) Aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks
vi) Pembelajaran berasaskan projek
Satu kaedah penting dalam mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah menggunakan alat berfikir. Maka alat berfikir yang disarankan oleh KPM ialah penggunaan teknik i-Think.
i-Think membawa maksud innovative Thinking (Pemikiran inovatif) dimana murid dibekalkan dengan kemahiran berfikir melalui cara seperti menggunakan alat 8 peta pemikiran. Selain itu penekanan diberi kepada teknik penyoalan dan penakulan berdasarkan taksonomi Bloom dan versi Lorin Anderson.
Natijah dari kaitan antara PPPM, KBAT dan i-Think ini nanti diharap dapat melahirkan generasi baru Malaysia yang dapat bersaing diperingkat global dan mampu mencorakkan negara kita yang lebih sejahtera berdasrkan acuan kita sendiri.
Sekian, wasalam.
Video Kaitan PPPM, KBAT dan iThink