Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau ringkasannya KBAT adalah satu keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mula melaksanakan transformasi berhubung KBAT ini di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013. Kemahiran berfikir merupakan salah satu pekara utama dalam 6 ciri utama yang setiap murid dewasa ini perlu ada untuk menghadapi cabaran global.
Rajah Perlaksanan KBAT Dalam Bilik Darjah
Perlaksanaan KBAT dalam bilik darjah melibatkan perubahan dalam pendekatan padagogi pengajaran berbanding sebelum ini. Ia melibatkan penggunaan alat berfikir Kemahiran Berfikir Secara Kratif dan Kritis (KBKK) yang diintergrasikan dengan Program i Think. Guru juga digalakkan menyoal murid mereka dengan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi dan jawapan yang terbuka.Selain itu dari segi pentaksiran peperiksaan pusat seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM akan melibatkan 30 % soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.
Natijah dari perubahan padagogi dan pentaksiran nanti di harap dapat melahirkan murid yang mampu membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi dan mencipta. Ia juga di harap dapat membantu meningkatkan ranking murid-murid Malaysia dalam penilaian peringkat antarabangsa seperti TIMSS dan PISA.
Semoga perlaksanaan KBAT ini akan berjalan lancar dan akhirnya membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran yang setanding dengan masyarakat dari negara-negara maju.