top of page
Search

Kisah Si Tanggang (Taksonomi Bloom Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

  • Shahirah Yassin
  • Feb 23, 2015
  • 2 min read

Hayati Kisah Teladan dalam video Si Tanggang ini.

Dari kisah Si Tanggang yang dipaparkan dalam animasi di atas kita boleh menjelaskan kaitan antara Taksonomi Bloom dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Sebelum itu eloklah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan Taksonomi Bloom. Seterusnya mengaitkannya dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


Pengertian

Taksonomi Bloom telah dibangunkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1950an. Semasa tahun 1990an Lorin Andersen telah membuat penambahbaikan terhadap taksonomi asal. Fakta berhubung taksonomi Bloom adalah seperti di bawah :-

  1. Taksonomi ini menyentuh tentang satu hierarki enam peringkat perkembangan pemeikiran yang semakin kompleks dan mencabar.

  2. Tahap pemikiran ini boleh digunakan untk membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua bidang pembelajaran.

  3. Ianya amat bertepatan dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin membentuk individu yang berfikiran tinggi.

Lihat rajah di bawah :

taksonomi bloom.jpg

Taksonomi Bloom (dan Anderson) melibaatkan pembinaan item soalan yang menjadi tugas utama guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dari soalan yang bersifat mudah iaitu mengingat dan memahami hinggalah soalan yang kompleks yang melibatkan soalan mengaplikasi, menganalisis, menilai dan akhirnya mampu mencipta jalan penyelesaiaan bagi sesuatu isu.


Kaitan Si Tanggang

Berdasarkan kisah Si Tanggang kita boleh membina soalan dari yang mudah hinggalah ke tahap pemikiran yang lebih tinggi. Berikut antara bentuk soalan yang mengaplikasikan taksonomi Bloom.

Screenshot 2015-02-24 00.32.25 (2).jpg

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Berdasrkan Kisah Si Tanggang dan pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom maka hasilnya kita dapat membentuk budaya berfikir yang lebih tinggi arasnya di kalangan pelajar. Pelajar perlu mempunyai maklumat yang lebih mendalami mengenai sesuatu isu untuk agar pemikiran mereka dapat mencapai kehendak soalan. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar atau pelajar sesama mereka dapat memperkembangkan budaya berfikir ini. Untuk memperoleh maklumat yang lebih mendapal pelajar perlu banyak membaca dari semua sumber dan membuat analisis dari setiap maklumat yang diperolehi.


Sekian, terima kasih



























 
 
 

コメント


Carian Maklumat
Artikal Terkini
Arkib
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
KUMPULAN SRIKANDI
IKHTISAS
 

Email : kbatsejarah@gmail.com

IKUTI KAMI DI
  • Facebook Grunge
ALAMAT

SMK SUNGAI RAMBAI

77400 SG RAMBAI

MELAKA

BANDARAYA BERSEJARAH

TELEFON
06-2659675
FAX

06-2658973

EMAIL SEKOLAH

mea1078@ppdjasin.edu.my

© 2015 by Srikandi Ikhtisas.

Dijanakan Bersama

 Wix.com

bottom of page