KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM SEJARAH TINGKATAN 1
SEJARAH MENGAJAR KITA
Nota Ringkas
Bab 1 :Sejarah dan Kita
(1) Pengertian Sejarah
1. syajaratun-pohon,salasilah, keturunan, asal-usul,riwayat
2. Ibn Khaldun – perubahan pd sifat masyarakat
3. Herodotus – tindakan manusia
4. Muhd. Yusof Ibrahim – rekod peristiwa yg berlaku.
5. penyelidikan
(2) Ciri-ciri Sejarah
a) Fakta yang tepat dan benar.
b) Penting dan bermakna.
c) Sebab dan akibat.
(3) Sumber Sejarah
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
i. fosil, artifak dan keterangan lisan.
ii. Belum diolah dan dicetak
iii. Masih asli dan belum ditafsir.
iv. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi,
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
i. bahan bertulis
ii. Diolah dan dicetak.
iii. Disebarkan kepada umum.
iv. buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
(4) Kaedah Pengkajian Sejarah
a) Kaedah lisan.
1. diperoleh secara terus
2. melalui ucapan, penceritaan, perbualan
3. Maklumat berkait dgn mitos, legenda, dongeng, puisi.
4. Kelemahan - wujudnya unsur tokok tambah
5. Kesan kemajuan sains dan teknologi
kaedah pandang dengar digunakan. Cth: televisyen
b) Kaedah bertulis.
1. sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat
c) Kaedah arkeologi
1. kajian saintifik.
2. Cabangnya - angkasa lepas, maritim dan gali cari
3. ketetapan usia bahan disahkan melalui kajian saintifik
seperti pentarikhan radiocarbon.
(5) Pentafsiran Sejarah
1. Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna
2. Sejarawan mencari jawapan
3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4. Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan berlainan
(6) Tujuan mempelajari Sejarah
1. ilmu pengetahuan.
2. Ketahui kepentingan sesuatu peristiwa
3. Fahami sejarah tamadun awal bangsa
4. Lahir perasaan jati diri yang tinggi
5. Bentuk keperibadian bangsa
6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
7. hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9. Merangka wawasan masa depan
(7) Faedah mempelajari sejarah.
1. Panduan perbaiki kesilapan
2. perangsang memajukan negara
3. ingati zaman keagungan kita
4. Pupuk semangat patriotisme
5. Berbangga menjadi rakyat Malaysia